Nash..,Nasa..,Big..,Black

Profile

Blog ni..,aku sediakan untuk kaum keluarga dan kengkawan aku..,banyak kisah2 tentang aku ader kat dalam nii....


Name
Email
URI
Msg

Friends

[AyAres] [LaPan] [DonShay]
[Petz] [Iwan] [Banai] [KayRex]
[Ratu] [Roy] [Mar] [Salina] [Irja]

Links

[RadioAktif] [Blogger]
[Blogskins] [PhotoBucket]
[Yahoo!!] [Hotmail]
[Maybank2u]

Free Hit Counter
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Dengar Semua Radio kat sini FREE weii..
This page is powered by Blogger. Isn't yours?

18.5.05

Bukan nak KAYA.., cumer nak SENANG....

Assalamualaikum.....,
Haa....., sebelum aku memulakan kata2 seterusnyer dibawah nih.., aku nak berpesan skitlah kat sumer kengkawan aku dan kengkawan yang tak mengaku aku kawan dia pun..., dan sesiaper jugak yang membaca coretan aku nih...,bahawa yang aku criter nih adalah mengenai diri & perasaan aku sindri...

Dari dulu sampai lah skarang..,aku berkerja keras untuk menaikkan diri aku.,bukan naik aper2., nak mempertingkatkan hidup akulah.., aku buat macam2 dalam hidup aku.,kekadang benda2 yang orang raser pelik, susah, payah pun aku buat gak. Ada ketikanya., dululah.., sampai aku buat 4 jenis kerja dalam seminggu., just hanya nak cari duit lebih., bukan nak KAYA tapi cumer nak SENANG skit.., maser tuh..penghujung tahun 90'an...,aku kejer kat satu kilang, jawatan aku.,boleh tahan gak.,jadi Production Superintendent..., tapi.., lepas habis waktu kejer kilang ( 9am - 530pm) aku pegi meronda sumer kedai2 runcit & pasar raya berdekatan untuk menjual produk makanan yang aku aku & isteri aku usahakan. Tak cukup dengan jualan tuh.., sambil aku meronda tuh.., aku buat gak Direct Selling., memacam direct selling aku cuber.., dan pada hujung minggu plak.., aku bawa Van Pelancongan dari Singapore., dan pelancong2 nyer skali lah.., gi melancong keseluruh Malaysia nih..... Kekadang tuh lepak giler aku dibuatnyer.., bayangkanlah..,aku kuar rumah kul 9pagi balik kul 9 malam tiap2 hari..,dan hujung minggu takder rehat..,bawak pelancong plak.., ini sumer aku buat bukan kerna nak KAYA.., cumer nak SENANG skit dan menabung skit untuk aku dan family aku...
Sebenarnyer aku tak kesah pun untuk buat kerja aper pun.., atau pun kat mana skali pun.., yang penting.., kerjanya Halal dan duitnyer halal..., dan BOSS tempat aku kerje tuh percaya yang aku leh buat kerja tuh.., ( kalau anak buah @ pekerja yang lain tak cayer kat aku..,aku biarkan jek..,aku bukan makan gaji mngan dier pun..) aku memang tak kesah.., setakat nih rezki aku ader kat Selangor., aku gi Selangor., entah esok lusa rezki aku kat Penang.,aku gi Penang., aku peduli aper., yang penting aku leh carik makan...., aku bukan kira aku Bagus ker @ tak bagus ker.., kalau aku tak bagus takkan orang ambik aku kerje ngan dia kan..,kan..,kan.., dan kesihatan aku pun kekiranya.., baik jugaklah.., walaupun aku pernah dimasukkan ke hospital..., itupun sebab doktor suspect aku nyer Paru2 ber air.., tapi pastu dah confirm aku Sihat Wal Afiat., Aku takder kencing Manis, aku takda darah tinggi walau pun aku nih gemuk.., eh eh.. eh.. gemuk ker aku nih..,tak kesahlah.., aku takda semput.., aku takda asthma.., aku takda Ghout dan segala bagai penyakit lain... Aku telah disahkan doktor Sihat Wal Afiat. Bermakna jugak aku leh buat aper2 kerja pun tanpa masaalah.., @ kat maner skalipun kerje aku tuh.., biarpun ke Cina..., yang penting aku leh senang skit....

Nasihat aku pader sumer orang.., termasuklah diri aku sindri.., jagalah kesihatan..,jangan sampai ianya mengganggu perjalanan hidup kiter..., kawal makan & minum kiter..,( aku pun dah mula kurangkan minuman berais), kalau boleh bersenam lah skit.., ( tapi aku nih jenis malas bersenam gak).. bukan untuk orang lain.,untuk diri kita sindri gak......

Akihir nyer.., kalau kiter SIHAT..,kiter boleh buat aper saja jenis pekerjaan.., yang penting (bagi akulah..), aku buat aper jek yang aku mampu..,BUKAN NAK KAYA..,CUMER NAK SENANG untuk masadepan..
Wassalam

\o/ All Copyright Reserved By Brother BiG \o/